Kelas Soft Skills - Reka Penanda Buku Anda

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Mac 2024, Pihak pengurusan NaDi Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Soft Skills - Reka Penanda Buku Anda selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 03.00 petang hingga 4.00 petang.

Kelas ini merupakan sambungan kelas yang diadakan pada sebelah pagi. Kali ini, para peserta telah diajar mencetak, menggunting, memotong dengan mesin pemotong serta menggunakan mesin laminate dengan betul.

Pada akhir kelas, para peserta berjaya menyiapkan penanda buku mengikut kreativiti sendiri dengan cantik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali